Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu 
lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku 
akibat kecederaan yang menimpa struktur ini.
Masalah seperti Arthritis Degeneratif pada spina di leher (spina 
cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. 
Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh 
menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.
Keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantung, paru-paru 
dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan 
belakang.
Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?
“Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu
 kepada tiga perkara iaitu belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak
 menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti 
seharian dan kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai)
Asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. 
Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab 
masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. 
Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih 
kronik dan sengsara berpanjangan.
Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang 
belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula 
jadinya berada pada kedudukan betul.
Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, 
bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah 
belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun 
terlalu melengkung ke belakang.
Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian
 menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan 
atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga 
lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu 
yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal
Selain itu bagi seseorang yang menghidapi sakit-sakit di sendi, 
Eaziflex merupakan ramuan herba terbaik yang dapat membantu mengurangkan
 ketidakselesaan itu. Dapatkan Eaziflex dengan harga RM99 sahaja 
sekarang juga.